Masuk dan keluar DAP Tunku_Abdul_Aziz_Ibrahim

Mesyuarat pertama CEC DAP mencapai persetujuan untuk melantik orang Melayu berwibawa sebagai naib pengerusi DAP. Tokoh itu ialah Tunku Abdul Aziz Ibrahim . Beliau juga mengisi borang menjadi ahli DAP. Beliau dipilih kerana ideologi beliau dan DAP hampir sama dan boleh memancing penyertaan pelbagai pihak khususnya kaum Melayu.Di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 , Pakatan Rakyat berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Tindakan ini umpama tindakan Lee Kuan Yew melantik Aziz Ishak sebagai Presiden Singapura satu ketika dahulu.

Seorang pejuang menentang perkauman, Tunku Aziz, selama berdekad lamanya menentang pengukuhan menginstitusikan sectarian dan pemisahan, dan secara aktif terlibat dalam usaha untuk membebaskan politik Malaysia dari unsur perkauman. Hari ini, Tunku Aziz adalah sdorang pemimpin kanan politik, blogger dan aktivis sosial yang mengekalkan minat yang mendalam terhadap keadilan dan integriti.

Beliau memilih DAP setelah memerhatikannya selama 20 tahun. Pada 23 Ogos 2008, Tunku Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut. Pada 31 Mei 2009, Tunku Aziz mengangkat sumpah sebagai Senator Pulau Pinang dalam Senat. [3] Pada bulan Oktober 2008, beliau dilantik oleh parti DAP sebagai naib pengerusi parti itu di dalam kongres parti DAP ke-15 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 14 Mei 2012, temubual dengan Tunku Abdul Aziz telah disiarkan menerusi Ntv7. Beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.Beliau berselisih pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei 2012, tidak adalah dilanjutkan. Kedudukan beliau tidak lagi dapat dipertahankan dan beliau tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti[4]